Thursday, December 23, 2010

Mas Afzal in memories


6:38 pagi.18 December 2010.Aku menerima mesej daripada Ustaz Malikie, mengatakan bahawa saudara Mas Afzal sudah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihi raaji`un. Sayu. Sedih. Namun, itulah ketentuan ilahi. Dahulu, sahabat seperjuangan, Syazwan, kini, saudara Mas Afzal. Kedua-duanya ku kenal di KYUEM. Sedekahkan Al-Fatihah terhadap kedua-duanya, semoga mereka ditempatkan dalam kalangan ahli syurga. Amin.

Tanpaku sedar, seorang demi seorang yang aku kenal, telah kembali menghadap yang Esa. Muhasabah diri... Dari insan yang bergelar HAMBA ALLAH..


Jika ajalku sudah tiba, Adakah aku bersedia untuk bertemu Allah?

Tanpaku sedar,
Malaikat Maut sentiasa bertemu aku,

Tanpaku sedar,
Imanku sering goyah dek godaan hawa nafsu,

Tanpaku sedar,
Ibadahku terhadapMu sering terumbang-ambing,

Tanpaku sedar,
Aku seringkali melakukan dosa dan maksiat,

Tanpaku sedar,
Malaikat Raqib dan `Atid sentiasa mencatat amalan-amalan seharian aku,

Tanpaku sedar,
Benteng mujahadahku sering roboh dihempas ombak nafsu,

Tanpaku sedar,
Nikmat-nikmat dunia membuatkan aku leka dalam mengingatiMu,


Aku tak berdaya ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa aku,
Andai aku ditakdirkan untuk menghadapMu pada hari ini,
Adakah aku benar-benar bersedia, Ya Allah?

Aku sedih melihat sahabat-sahabatku,
Adakah mereka sedar bahawa dunia ini hanya nikmat sementara?
Namun aku tak terdaya, kerana hidayah adalah milikMu semata-mata ya Allah,


Hanya doa yang mampu kupanjatkan, 
Untuk mengiringi mereka, 
Dan juga diriku ini,


Seribu kemaafan ku pohon, Ya Allah,
Ku panjatkan doa,

Menadah tangan merendahkan diri terhadapMu,
Atas kejahilanku selama ini,
Serta kejahilan sahabat-sahabatku,

Aku leka, lalai dengan nikmat dunia,
Taubat dan keampunan ku lakukan,

Melalui insan yang hanya dijadikan daripada setitis air mani,
Adakah aku layak untuk menjadi penghuni syurga, Ya Allah?

Berikanlah aku kekuatan,
Supaya aku dapat sentiasa mengingatimu Ya Allah,
Supaya aku dapat istiqamah melakukan ibadah terhadapmu siang dan malam,
Supaya aku tak jemu-jemu untuk mengabdikan diri kepadaMu, 

Namun, aku hanya insan yang biasa, oleh itu,
Jauhilah daku daripada rasa riak dan bangga dalam usaha melakukan ibadah,
Jauhilah aku daripada godaan hawa nafsu,
Jauhilah aku daripada godaan syaitan yang tanpa jemu ingin menyesatkan anak Adam,

Semua ini ku pinta darimu, ya Allah,
Daripada seorang makhluk yang hina,
Agar aku benar-benar bersedia untuk bertemuMu ya Allah,
Jika ajalku sudah tiba.
MENANTI DI BARZAKH 



1 comment:

  1. alhamdulillah..semoga sama2 kita menginsafi kesalhn lalu..ameen...

    ReplyDelete